Monday, 13 February 2017

salam bukan terakhir

Blog Ini Akan Mati

Aku Pendosa

Maafkan diri ini

Aku berundur seribu kaki

Aku tak lari

Masih ada lagi

Tegak berdiri

Kenangan hanya di sini

Sampai masa nanti

Kenangan luahan dunia siber ini

Aku delete semua dengan kerelaan hati

Aku menulis bukan kerna publisiti murahan yang aku cari

Hanya sekadar hikayat hidup hambar yang aku kongsi
dan
Aku bukan pengemis simpati


Assalamualaikum,
Pembaca yang di kasihi dan dirahmati
Aku berdoa pada illahi
Syurga tempat kita bertemu suatu hari nanti
Aminnnn....


TakLupaJugaPadaMusuhYangDiSayangi

KuDoakanMusuh-MusuhKuSelamatDiDuniaAkhirat


Monday, 6 February 2017

Sharing is caring

Telah berkata IMAM AL-GHAZALI:

Sesiapa sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah SWT akan memberinya 8 perkara:

1.من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها.
1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.

2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى
2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah.

3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب
3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati.

4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه
4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat.

5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح
5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.

6.ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي واﻹقدام عليها،والتسويف في التوبة
6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat.

7.ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات
7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan.

8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع
8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia.

(Kitab Tanbihul Ghofilin)

Thanks That All


Thursday, 26 January 2017

Aku dan Kamu

Assalamualaikum.w.b.t
Alhamdulillah,
masih lagi di beri nikmat udara untuk aku bernafas masih.




Banyak peristiwa pahit dan manis,

-Setiap kejayaan di mulai dengan kegagalan
-Setiap kebahagiaan terselit juga kesedihan
-Setiap perjuangan pasti ada pengorbanan
-Setiap kebangkitan kita mereka(sahabat) ada bersama

Semester 5 sudah berakhir dengan warna-warni.
Tinggal satu sem lagi
So mereka-mereka semua akan sibuk menjalani kehidupan acah-acah kedewasaan.
Busy dengan kerja
Sana nak kahwin
Sini nak kerjaya
dan
Aku pulak masih lagi still follow the flow..

yup, still follow the flow yang sudah tertulis dalam LuthMahfuz


aku tak mampu nak luahkan
sedihnya hilang seorang kawan yang ada bersama aku di setiap detik kesusahan dan kesenangan
Allahyarham Izzat Hadi.
Sesungguhnya, aku sangat merinduiMu..
Al Fatihah..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku anggap kau masih lagi bercuti
dan
akhirnya aku kuat dengan menerima pemergian kau mengahadap illahi....

maafkan aku
tak mampu menjadi sahabat yang baik..

maafkan aku juga
di waktu akhir hayat kau
aku menjarakkan diri dari kau

semua rahsia aku
ada dekat kau,
dan
tiada siapa tahu selain dari kau..

Terima Kasih
semua kenangan kita bersama..
Halal kan Makan Minum Aku

Aku cuba jadi terbaik ....
yeee
Terbaik...

Thanks,
ajar aku ilmu tentang Agama Islam...

Thanks,
juga ajar aku tentang filem korea

Thanks,
Kerana  tahan sabar dengan perangai aku

Thanks,
Share informasi ilmu agama time tonton mat lutfi
..
..
Kau Rileks Je Fit
Aku Support Kau

Tak best dowh kau takde

Aku rindu kau Fit

Fit ada maggi tak?

Fit aku lapar dowh ?

-Izzat Hadi
Ayat yang masih tiada pengganti tuanNya
dan
Masih terngiang-ngiang di lohong telingaKu..



3 december 2016
-al fatihah

Friday, 20 January 2017

bukan jua tiada sudah

Dunia aku semakin lama
Semakin gelap.

Meniti arus kehidupan yang penuh pancaroba with flying colours..

Dosa aku semakin meningkat
Pahala aku pula ntah keberapa kali


Alhamdulillah
Aku masih sedar,

Terima Kasih ..

Ya Allah Jika Dia Buat Aku Lupa KepadaMu
Maka Engkau Jauhlah Aku Dengan Si Dia ..

Dan

Aku Berharap Juga Mungkin Dia Jodoh Aku Di Suatu Hari

Dan

Jika Bukan Aku Redha Dengan KehendakMU..


Aminnn...


Terima Kasih Juga Kepada Dia
Mintak Maaf Juga kepda Dia

Atas Perilaku ku kepadaMu selama ini..

Masih Muda dan Insyallah Mencari KeradhaanNya



Hubungan Kau Aku Tak Jauh Tak Rapat
Diantara Mugkin juga bukan..



Bersama Dalam Satu Payung Cinta
Dalam Rahmat dan KeberkatanNya..


Saturday, 14 January 2017

Hanya Lah Ujian

Assalamualaikum.

Beberapa jam lagi untuk aku berperang di dewan ..

Macam biasa wat lek wat peace..

KAU KENA KUAT, Bro !!

macam-macam hal kerenah aku kena..

Baik aku diam !!

Tak kisahlah apa nak di perkatakan..

Sebab aku dah masak..




Family first,

Ayah Dan Mak pergi ke TanahSuci

Aku ada tanggungjawab walaupun aku anak bongsu

Lelaki pulak tu

Nak tak nak kena jaga akak-akak aku !!

Biasa Kaum Hawa kan Lemah
uhuksss

memandangkan juga nak final exam..

aku terpaksa juga rajin ulang alik dari rumah ke kolej..

Takde hal laa

Pengorbanan Itu Perlu..

Sampai Masa Kau Akan Faham..
dan
Bukan Bila Bosan Cari..!!

Ruang dan peluang susah aku nak dapat
dan
Bila dah dapat jangan buang detik itu ..


TERIMA KASIH..

GOOD LUCK FINAL GENG

MUAMALAT



Wednesday, 23 November 2016

hitam biru untuk hari ini

 Salam Warganegara Sekalian

Blog dah lama tak update sebab aku terlalu busy dengan pendidikan yang menjamin masa depan .Aku di jadikan produk IPT sebagai contoh di mana nanti aku kena hadap kerja kerja kerja (pasaran)

Laptop aku rosak sebab internal problem . Kalau teknologi sekarang boleh rosak apatah lagi kita ni haa yang berjasad sampai satu masa kita akan expired gak haha.

Alhamdulillah, aku baru habis exam Muamalat . First time buat test malam haha aku terasa macam tution SPM dah hahaha menggamit zaman kegemilangan sangat huhu

Esk aku test takaful
lusa metadologi

Wish Me Luck
and
Whatever

Tadi aku teman member aku tasmik bacaan doa . Then aku duduk lalu mata ku terus menghala ke satu papan di mana aku tertarik dan vibrate bila baca Qoute tu ..

Kalau Mahu Jadi Pokok
Jadilah Pokok Yang Tinggi
Kalau Jadi Pokok Yang uTinggi
Harus Berani Sama Angin
Sebab Pokok Yang Tinggi Di Tiup Sama Angin Yang Kuat
Kalau Takut Sama Angin
Usah Jadi Pokok Yang Tinggi
Jadilah Saja Rumput Di Atas Bumi Yang Diinjak Orang


Satu Lagi Qoute Yang Ni :

Allah Has Better Plans For Us


memang familiar ayat ni
tapi kalau tak usaha tak kemana juga
kau yakin ke kau dah All out 100% ?
Jangan Dok Sembang Pak Pandir La


Good Luck and Bitauffiq WanNajjah
Student Diploma Pengajian Muamalat

Ikhlas dari Aku. 🚶🏻